Punggung dan paha merupakan pusat segala pergerakan badan. Ia menentukan cara kita bergerak memajukan diri kita dalam kehidupan. Seperti anggota lain bentuk punggung juga boleh mengupas rahsia personaliti seseorang.

Terdapat 5 bentuk punggung iaitu bulat, seimbang, rata, besar dan tinggi.

1. Bulat 

  • Individu yang mempunyai punggung yang bulat adalah seseorang yang berjiwa kental, idealistik, periang, sentiasa bersemangat, pandai mengawal perbelanjaan, suka bersosial dan boleh bergaul dengan sesiapa sahaja. 
  • Dia juga seorang yang kuat dalam mengharungi segala cabaran hidup sama ada cabaran yang baik atau yang buruk.


2. Seimbang 

  • Paha dan punggungnya seimbang. Tidak terlalu besar. Tidak terlalu kecil. Tidak terlalu bulat dan tidak terlalu rata. 
  • Pemiliknya dikatakan seorang yang tenang dan pemurah. 
  • Bakal ibu dan bapa yang baik. 
  • Merupakan seorang ibu yang sangat penyayang dan jika pemilik merupakan lelaki dia boleh menjadi seorang bapa yang jelas pemikiran ke mana hala tuju keluarganya dan sangat berjaya dalam kerjayanya. 
  • Perjalanan hidup teratur tanpa banyak masalah dan stabil.


3. Tinggi 

  • Punggung tinggi ke atas. 
  • Orang ini dikatakan mempunyai daya seks yang sangat tinggi. 
  • Sangat disukai ramai. 
  • Tidak kisah dengan kata-kata negative orang lain. 
  • Hatinya tidak mudah sensitif dengan kata-kata yang diluahkan orang lain. 
  • Suka berseronok. 
  • Orang jenis ini suka melakukan sesuatu mengikut hati dan perasaan bukan fikiran dan ini menyebabkannya sukar mendapat status tinggi dalam masyarakat.


4. Besar 

  • Pemilik punggung besar dan paha besar seorang yang romantik,subur dan sihat. 
  • Mereka merupakan individu yang penuh penuh rasa cinta. 
  • Sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai cita-cita. Ceria, pemurah dan bijak menguruskan kewangan. 
  • Baginya tidak ada yang mustahil dan segalanya boleh diatasi. 
  • Sentiasa mengukur kejayaan diri dengan jumlah harta dan wang yang mampu dikumpulkan.


5. Rata 

  • Punggungnya rata atau hampir samarata dengan badan. 
  • Ia melambangkan empunya diri yang lurus, bijak danterlalu idealistik. 
  • Seorang yang tidak pandai mencari peluang berniaga. 
  • Jika perempuan, ia dikatakan tidak subur dan tidak mempunyai anak lebih dari satu. 
  • Tidak mempunyai perancangan masa depan yang jelas.


Terlalu berserah kepada keadaan tanpa ada insiatif untuk memajukan diri. Mungkin tidak tepat 100%, tapi selalunya akan mengena sedikit sebanyak dengan personaliti kita yang sebenar. Apa yang penting, kotak minda perlu sentiasa bergerak untuk langkah kehadapan.