Kesihatan

[Petua Kesihatan][bleft]

Kecantikan

[Petua Kecantikan][bleft]

Seks

[Petua Seks Suami Isteri][bleft]

Petua Melebatkan Rambut


Rambut gugur, rambut tidak sihat, rambut kusut masai. Bukan saja membuatkan orang sekitar anda berserabut tetapi penampilan diri anda juga akan terjejas sangat teruk.

Di zaman dulu kala, penjagaan rambut hanya menggunakan bahan-bahan tradisional. Hasilnya, rambut tetap hitam walaupun usia lanjut. Anda boleh cuba 8 petua mudah ini.

Petua Pertama

  • Kisar sebiji nanas hingga menjadi jus.
  • Biarkan semalaman,barulah lumur di rambut selama 15-30 minit.
  • Amalkan tiga kali seminggu.


Petua Kedua

  • Bersihkan beberapa helai daun rambutan muda,ramas ke dalam semangkuk air.
  • Biarkan sehingga lendirnya keluar.
  • Kemudian sapukan pada rambut dan biarkan lebih kurang 20 minit.
  • Bersihkan rambut dengan air sejuk.
  • Amalkan dua hari sekali.


Petua Ketiga

  • Gunakan minyak kelapa hijau buatan tangan dan sapukan pada rambut.
  • Biarkan semalaman dan basuh bersih-bersih.
  • Ulangi selalu dan lihat hasilnya.


Petua Keempat

  • Ramas daun bunga raya dalam air bersama beberapa helai daun pandan.
  • Sapukan di kepala seperti menggunakan syampu.
  • Bilas dengan air bersih.
  • Lakukan seminggu sekali.


Petua Kelima

  • Lumurkan minyak yang dimasak sendiri pada rambut / kulit kepala ataupun jika tiada,bolehlah gantikan dengan santan segar.
  • Satu lagi cara ialah goreng tanpa minyak beberapa biji buah keras.
  • Setelah cukup garing,sejukkan dan kisar halus.
  • Gaul dengan minyak zaitun dan simpan sebagai tonik rambut.
  • Sapukan pada seluruh kepala,biarkan semalaman dan bilas.


Petua Keenam

  • Tumbukkan beberapa helai daun pandan sehingga hancur.
  • Kemudian,masukkan sedikit air dan perah.
  • Sediakan semangkuk santan dan campurkan dengan pandan tadi.
  • Kacau rata dan simpan semalaman.
  • Keesokan harinya,sapukan bahan tadi pada rambut dan biar selama setengah jam.
  • Bilas rambut dan lihat hasilnya dalam beberapa minggu.


Petua Ketujuh

  • Tumbuk segenggam daun asin-asin sehingga lumat.
  • Perahkan airnya dan campurkan dengan semangkuk santan kelapa.
  • Lumurkan pada rambut.
  • Biarkan beberapa minit.
  • Kemudian bilas dengan air suam.


Petua Kelapan

  • Rendam tiga sudu serbuk teh semalaman bersama secawan air mendidih.
  • Setelah sejuk embunkan selama satu malam.
  • Setelah itu,sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama satu jam.
  • Kemudian baru dicuci.
  • Lakukan sebanyak tiga kali seminggu.

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete