Kesihatan

[Petua Kesihatan][bleft]

Kecantikan

[Petua Kecantikan][bleft]

Seks

[Petua Seks Suami Isteri][bleft]

Petua Merawat Demam Denggi


Denggi, satu penyakit yang boleh membawa maut jika lambat dicegah. Sehingga kini vaksin untuk penyakit denggi masih tidak didapati. Tetapi perawatan susulan untuk menyembuhkan penyakit denggi ada bermacam cara. Antara rawatan yang biasa digunakan kepada pesakit demam denggi adalah :


  1. Memberi pesakit minum sup ketam nipah
  2. Memberi pesakit minum air rebusan pucuk daun betik


Hanya 2 petua ini yang dapat kami kongsikan. Disini kami sertakan bersama satu kajian yang mendapati daun betik sangat mujarab dalam merawat penyakit denggi.
Satu kumpulan penyelidik dari Institute for Medical Research, Malaysia yang diketuai oleh Dr. Soobitha Subenthran telah menemui bahawa just daun betik dapat meningkatkan bilangan sel platlet darah di dalam pesakit demam denggi.
Kumpulan tersebut telah bekerjasama dengan Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang bagi melakukan kajian klinikal ke atas 228 pesakit demam denggi dan demam denggi berdarah. Separuh dari pesakit tersebut telah diberikan 50 gram jus daun betik selama tiga hari berturut-turut. Dalam masa yang sama, bacaan bilangan sel platlet darah pesakit-pesakit telah di ambil selama dua hari. Didapati bahawa pesakit yang menerima jus daun betik mempunyai kadar bilangan sel platlet yang lebih tinggi berbanding pesakit yang tidak mengambilnya.(MajalahSains)

No comments: