Kesihatan

[Petua Kesihatan][bleft]

Kecantikan

[Petua Kecantikan][bleft]

Seks

[Petua Seks Suami Isteri][bleft]

Petua Resipi Ikan Siakap 3 Rasa


Bahan ikan:

  • 1 ekor ikan siakap 
  • 1 biji telur
  • Serbuk lada sulah secukupnya


Bahan sos:

  • 3 ulas bawang putih
  • 1cm halia – dikisar kasar
  • 8 biji cili padi – diketuk
  • 3 biji cili merah
  • 2 batang serai – dititik
  • 1 batang bunga kantan – dipotong kecil
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 biji bawang besar
  • 35gm nenas
  • ½ biji cili benggala merah
  • ½ biji cili benggala hijau
  • ½ biji cili benggala kuning
  • ½ biji timun
  • 1sudu makan jus limau nipis
  • 1 sudu makan sos cili
  • Air secukupnya
  • Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis


Cara memasak:

  1. Ikan siakap terlebih dahulu dibuang tulang di bahagian tengahnya.
  2. Kemudian gaulkan ikan bersama garam dan serbuk lada sulah.
  3. Seterusnya celupkan ke dalam adunan telur yang dipukul kembang.
  4. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
  5. Setelah itu, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih, halia, serai dan cili padi sehingga naik bau.
  6. Kemudian masukkan daun limau purut, bunga kantan dan sos cili. Kacau rata dan sebati.
  7. Masukkan pula air secukupnya dan jus limau nipis. Perasakan dan biarkan seketika.
  8. Akhir sekali, masukkan bahan-bahan yang dipotong kiub tadi. Biarkan sehingga lembut dan pecah minyak. Tuangkan sos ke atas ikan siakap goreng. Sedia untuk dinikmati.

No comments: