Kesihatan

[Petua Kesihatan][bleft]

Kecantikan

[Petua Kecantikan][bleft]

Seks

[Petua Seks Suami Isteri][bleft]

5 Petua Mudah Menegangkan Kulit Muka


Memiliki wajah yang cantik sememangnya menjadi idaman setiap wanita. Bukan setakat untuk tampil dengan penuh keyakinan, tetapi menambat hati suami tercinta. Disini kami sediakan beberapa petua yang boleh diamalkan untuk kulit anda sentiasa sihat.

Petua 1

  • Kisar kulit sebiji pisang masak hingga halus dan gaul bersama sebiji putih telur hingga sebati. 
  • Lumurkan ke seluruh muka seperti masker. 
  • Biarkan hingga kering dan bilas dengan air bersih. 
  • Amalkan 3 kali seminggu. 


Petua 2

  • Pukul putih telur hingga kembang.
  • Kemudian bancuh dengan sedikit tepung sagu. 
  • Lumurkan ke seluruh muka seperti masker sebelum tidur dan biarkan semalaman.


Petua 3

  • Bilas muka dengan air bersih.
  • Kemudian lumur timun yang telah diparut (seelok-eloknya disejukkan sebentar dalam peti sejuk). 
  • Biarkan selama sejam dan bilas dengan air bersih. 
  • Amalkan seminggu sekali.


Petua 4

  • Kisar beberapa kuntum bunga melur dan bunga cempaka. 
  • Bancuh bunga yang telah dikisar dengan bedak sejuk bersama sedikit air. 
  • Lumur ke seluruh muka setiap malam sebelum tidur. 
  • Keesokan hari cuci muka dengan air suam dan bilas dengan air sejuk. 
  • Lap muka dengan tuala bersih. 


Petua 5

  • Tumbuk halus sedikit beras pulut bersama sedikit kulit kayu manis dan seketul kunyit hidup. 
  • Lumur ke seluruh muka dan leher sebelum tidur. 
  • Keesokan hari cuci muka dengan air suam dan bilas dengan air sejuk. 
  • Lap muka dengan tuala bersih. 
  • Amalkan dua kali seminggu.


2 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete