Kesihatan

[Petua Kesihatan][bleft]

Kecantikan

[Petua Kecantikan][bleft]

Seks

[Petua Seks Suami Isteri][bleft]

Petua Resipi Kerabu Suun Kaki Ayam


Bahan-bahan:
200 gm suun – direndam sehingga lembut
20 batang kaki ayam – direbus
2 labu bawang besar – dihiris
10 tangkai cili padi – dihiris
3 sudu besar jus limau nipis
3 tangkai daun ketumbar
2 biji buah tomato – dihiris
1 sudu kecil serbuk cili
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Cara menyediakan:
1. Mula-mula, tuskan suun dan kaki ayam rebus sehingga benar-benar kering.
2. Ambil sebuah bekas, masukkan suun dan kaki ayam yang sudah kering tadi.
3. Masukkan, hirisan bawang besar, cili padi dan serbuk cili.
4. Tuangkan juga jus limau nipis.
5. Masukkan pula garam dan gula secukup rasa.
6. Gaul rata kesemua bahan.
7. Akhir sekali, masukkan daun ketumbar dan hirisan buah tomato.
8. Kacau lagi bahan-bahan ini.
9. Kerabu ini sedia untuk dihidangkan.

Sumber : SajiOnline.My

No comments: