Kesihatan

[Petua Kesihatan][bleft]

Kecantikan

[Petua Kecantikan][bleft]

Seks

[Petua Seks Suami Isteri][bleft]

Petua Resipi Kek Coklat Moist Kukus


Bahan untuk kek coklat.

Bahan A

  • 1 cawan serbuk koko ( tak kisah jenama apa pun ) 
  • 1 cawan gula pasir 
  • 1 cawan susu cair 
  • 1 cawan minyak masak 
  • 1/2 cawan susu pekat 


Bahan B 

  • 11/2 cawan tepung gandum 
  • 1 sudu teh bikarbonat 
  • 1 sudu teh baking powder 
  • 1 sudu teh esen vanilla 
  • 3 biji telur (suhu bilik) 


Cara-cara 

  • Masak Bahan A dalam periuk sampai sebati. Api kecil. Sejukkan. 
  • Pukul telur sampai betul2 kembang (lebih kurang 5 minit ++) kemudian masukkan bahagian A. 
  • Masuk esen vanilla. Pukul sampai sebati. 
  • Masuk bahagian B sedikit demi sedikit. (seelok2nya tepung, bikarbonat dan baking powder diayak bersama terlebih dahulu). kacau sebati selama 5 minit ++ 
  • Masukkan adunan dalam loyang dan ikat dengan beg plastik. Boleh juga pakai kertas foil. Apapun pastikan wap air tak boleh masuk dalam adunan. 
  • Kukus selama 1 jam 10 minit dengan api yang sederhana. (pastikan air kukusan telah mendidih terlebih dahulu..). Jangan buka penutup kukus sampai cukup masa 
  • Angkat ... tunggu sejuk baru boleh potong. kalau rajin boleh letak topping.. 


BAHAN UNTUK TOPPING 

Bahan:

  • 300 gm coklat masakan ~ dipotong kecil
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 1/2 cawan susu cair
  • 2 sudu besar butter
  • 1/4 cawan air panas 


Cara: 

  • Panaskan susu cair dan susu pekat dgn kaedah double boiler. 
  • Masukkan coklat masakan dan kacau hingga ianya cair. 
  • Padamkan api dan masukkan butter. Kacau lg hingga cair. 
  • Curahkan 1/2 dr ganache atas kek yg masih panas tadi hingga menutupi keseluruhan kek. 
  • Biarkan lebih kurang 15 - 30 min supaya ganache tadi meresap ke dalam kek. 
  • Panaskan kembali lebihan ganache td (kaedah double boiler) dan masukkan air panas. 
  • Kacau sehingga sebati dan curahkan ke atas kek tadi. 
  • Bila kek dan ganache dah sejuk, bolehlah dimasukkan ke dalam peti ais. 
  • Boleh juga dinikmati ketika suam2 panas.


Sumber : ciksuraya

2 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete