Jika kamu perasan, kebelakangan ini cuaca sangat panas dan kering. Hujan juga jarang-jarang turun. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, El Nino dikatakan sedang melanda tanahair.

Apa Itu El Nino

El Nino adalah satu fenomena cuaca yang menyebabkan panas melampau, cuaca kering, jerebu dan kemarau yang teruk. Ia dikatakan bakal melanda negara kita dan beberapa negara lain di Asia Tenggara dari Jun atau Julai ini.

Kalau ada yang masih ingat, negara kita juga pernah dilanda El Nino pada tahun 1998, di mana catuan air terpaksa dibuat di semua negeri dan negara kita mengalami kerugian akibat kerosakan pada tanaman.

Tetapi tidak banyak yang dapat kita ubah apabila berlakunya El Nino selain menjaga kesihatan diri supaya kekal sihat.

Jika kamu tidak menjaga kesihatan dari berlakunya hidrasi dan sebagainya, kemungkinan kamu mendapat heat stroke adalah sangat tinggi.


Apa itu Heat Stroke?

Heat stroke atau strok akibat kepanasan melampau adalah keadaan di mana kesihatan kamu secara fizikal dan mental terganggu akibat cuaca yang terlalu panas.

Antara simptom heat stroke ialah:

  • Sakit kepala
  • Keletihan
  • Badan terasa panas tetapi tidak berpeluh
  • Sawan
  • Kekeliruan
  • Lemah otot atau kekejangan otot
  • Mual dan muntah
  • Dahaga yang melampau
  • Berpeluh dengan sangat banyak
  • Hilang keseimbangan badan


Siapa yang lebih berisiko mendapat heat stroke?

  • Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain.
  • Orang dewasa (berumur 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding dengan mereka yang lebih muda).
  • Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.
  • Penghidap penyakit sistem pernafasan.
  • Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.
  • Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat yang menghalang haba keluar daripada penyejatan/ pengeringan peluh.


AWAS! Jika kamu tidak merawat heat stroke, ia boleh membawa maut!


Apa yang kamu patut lakukan jika orang terdekat mengalami heat stroke?

  • Segera berjumpa doktor. Jangan lengahkan sekiranya ada kenalan atau keluarga kamu mengalami heat stroke. 
  • Hantarkan mereka segera ke hospital sekiranya mereka pengsan, sawan atau semakin tidak bermaya.
  • Jauhkan diri dari tempat panas atau jangan berada terus di bawah sinaran matahari.
  • Baring di tempat sejuk jika terkena heat stroke. 
  • Longgarkan pakaian, dan sapu losyen yang boleh menyejukkan badan.
  • Minum air yang sejuk.
  • Letakkan kain yang basah pada badan atau dahi


Langkah-langkah pencegahan:

  • Sentiasa minum air kosong tanpa mengira samada kamu dahaga atau tidak
  • Sentiasa minum minuman isotonik untuk menambah tenaga dan kandungan garam dalam badan
  • Elakkan aktiviti luar yang memaksa kamu berada di bawah sinaran matahari dalam jangkamasa yang lama
  • Mandi dengan lebih kerap
  • Jika ada aktiviti luar, pakai pakaian yang sesuai seperti yang longgar dan tidak berwarna gelap
  • Gunakan payung


Sumber : Dewi