Setiap daripada kita semestinya mahukan tahap kesihatan yang optimum, hinggakan terdapat segelintir masyarakat yang sanggup berbelanja ribuan ringgit semata-mata untuk menjaga kesihatan. Walhalnya, ramuan herba kesihatan tersedia di dapur rumah. Hanya perlu tahu bagaimana untuk aplikasikan kepada kehidupan kita.

Mari kita mengenali khasiat bawang serta cara yang boleh digunakan untuk menyelesaikan permasalahan tentang kesihatan.

Pening Kepala

  • Potong 2 ulas bawang putih dan telan bersama sedikit air. 
  • Sapu tempat yang sakit dengan minyak bawang putih.

Lemah Otot

  • Ambil tiga ulas bawang putih dan hancurkan. 
  • Kemudian minum bersama susu unta setiap hari selama sebulan bagi menguatkan otot yang lemah.

Demam Selsema

  • Makan seulas bawang putih setiap kali selepas makan sebanyak tiga kali sehari. 
  • Minum air perahan bawang putih dan limau tersebut serta berkumur air wap bawang putih.

Sukar Hadam

  • Rebus bawang merah bersama kulitnya. 
  • Kemudian kupas bawang tersebut. 
  • Bawang tersebut perlu dihancurkan dan dicampurkan ke dalam madu asli.
  • Jadikan ia sebagai krim sapuan roti. 
  • Amalkan selalu.