Situasi dimana anak anda atau anak-anak jiran yang telinga mereka dimasuki oleh serangga seperti semut sememangnya amat sukar untuk dikeluarkan.

Biasanya keadaan ini berlaku apabila bangun dari tidur ataupun suka bermain dalam semak samun, khususnya pada anak lelaki.

Mengeluarkan semut tersebut memang satu perkara yang paling menyulitkan sekali, semakin dicungkil untuk dikeluarkan semakin dalam masuknya dan menyakitkan.

Sebenarnya ada satu cara yang paling mudah untuk dilakukan. Petua ini dilakukan oleh kebanyakan orang tua-tua. Apa yang perlu anda lakukan ialah :

  • Ambil kapur sirih (sebaik-baiknya yang lembut yang telah banyak terendam dengan air). 
  • Sapukan kapur sirih tadi pada sekeliling telinga anak anda (bahagian luar telinganya sahaja). 
  • Biarkan seketika, pasti semut @ Serangga akan keluar dengan sendirinya.