Kesihatan

[Petua Kesihatan][bleft]

Kecantikan

[Petua Kecantikan][bleft]

Seks

[Petua Seks Suami Isteri][bleft]

Masalah Kutil Dan Ketuat Pada Zakar, Apa Lelaki Perlu Tahu


Lelaki sering mengalami masalah anggota kelamin seperti kemunculan kutil, ketuat, gelembung, biji, kudis dan ketulan.

Sebenarnya, semua itu tidak perlu dirisaukan. Bagaimanapun, ia petanda anda ada penyakit kulit dan kes itu perlu dikendalikan doktor pakar kulit.

Anda harus menjalani pemeriksaan dan mendapat rawatan jika ia memudaratkan kesihatan dan mengganggu hubungan seksual dengan pasangan serta membahayakannya.

Untuk makluman :

kutil atau ketulan kulit seperti ‘daging‚ yang berjuntai di keliling penghujung zakar, tempat jahitan berkhatan atau ketulan isi yang timbul di pangkal zakar mungkin ketuat atau ‘warts‚.

Kadangkala, bekas parut yang berlaku selepas berkhatan disangka ketuat kerana cantuman kulit tidak sempurna. Maksud kutil sebenar ialah lebihan kulit yang berjuntai dan ia bukan penyakit kulit, manakala ketuat pula penyakit kulit akibat jangkitan virus atau HPV (Human Papilloma Virus).

Ketuat di penghujung zakar berbeza daripada di kulit tundun atau pangkal zakar kerana kulit bahagian itu berbeza.

Bagaimanapun, jangkitan itu sama walaupun jenis virus ketuat mungkin berbeza. Jika anda mendapati kutil di keseluruhan anggota kelamin dan tidak tahu ia jangkitan atau sebaliknya, anda harus berjumpa doktor untuk kepastian.

Ketuat boleh merebak cepat dan keseluruhan kulit zakar boleh terkena jangkitan. Begitupun, ia boleh mengecut apabila virus musnah kerana tindak balas sistem daya kawalan.

Jika benar jangkitan kulit itu adalah ketuat, doktor boleh memberi ubat untuk disapu dan ia boleh hilang dan pulih seperti sedia kala. Bagaimanapun, jangan risau kerana ketuat jarang berubah menjadi kanser.

Saya syorkan lelaki yang ada masalah ini supaya berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan dan mendapatkan rawatan.

Ramai tidak tahu, sebenarnya ketuat boleh dijangkiti daripada hubungan seks. Buat masa ini, lelaki tidak perlu mendapat suntikan pelalian HPV seperti mana digalakkan kepada wanita ber-umur sembilan hingga 26 tahun.

Sumber : HMetro

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete