Masalah kurang berat badan dalam kalangan bayi berusia setahun ke atas tidak boleh dipandang ringan. Ini kerana kurang berat badan yang sepatutnya menunjukkan anak tidak mendapat khasiat secukupnya. Keadaan ini secara tidak langsung mempengaruhi perkembangan dan tumbesarannya.

Makanan lembut boleh diberikan seawal usia enam bulan. Contohnya :

Bubur nasi yang dikisar bersama isi ayam dan sayuran. 

Pelbagaikan pilihan makanan juga sayuran bagi memastikan anak mendapat kesemua nutrien yang diperlukan.

Ini kerana sejenis makanan hanya mempunyai sejenis nutrien yang diperlukan sahaja. Maka jika hanya satu pilihan sahaja diambil, hanya satu jenis nutrien yang diperoleh.

Vitamin C membantu meningkatkan penyerapan kalsium dan zat besi. Jadi dalam hal ini, kalsium daripada susu penting bagi kesihatan tulang yang secara tidak langsung membantu tumbesaran zat.

Zat besi pula penting bagi pembinaan sel darah, pengangkutan oksigen, penghasilan tenaga dan pertahanan sistem badan.

Bagi menambah berat badan, jumlah tenaga atau kalori yang diambil perlu ditingkatkan. Contohnya :

  • Ikan digoreng terlebih dahulu sebelum isinya dicampurkan dengan bubur nasi.
  • Roti putih disapu dengan marjerin lembut dan sebagainya. 
Dalam hal ini, sedikit lemak atau minyak yang diberikan melalui masakan tidaklah menjadi mudarat asalkan dalam kuantiti yang sedikit dan terkawal.

Sumber : Pama