Apa yang menyebabkan anda Onani apabila anda menonton blu film dan mula rasa ghairah, stim dan juga nafsu menaik. Semua perkara tersebut akan mendorong minda anda untuk masturbasi atau melancap. Seperti kita sedia maklum, onani dan masturbate tidak bagus untuk tubuh dan aktiviti seks bersama pasangan di masa hadapan. Oleh itu, anda boleh mencuba petua ini untuk mengelak daripada masturbasi ataupun melancap.

1. Sebelum buka PC atau laptop, musti baca ni ye. doa - doa biasa pun boleh juga, Allah Maha mengetahui dan mendengar. Contoh doa:
"Aku memohon perlindungan dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dan daripada sekalian musuh-musuh dan daripada syaitan. Aku memohon perlindungan dengan Allah yang Satu Yang Maha Tinggi dan daripada sekalian musuh-musuh dan penghasut-penghasut dan daripada sekalian syaitan yang direjam. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah ke atas hambaNYA dengan firmanNYA,” Sesungguhnya Kami(ALLAH) telah menjadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian”"

2. Blok semua Laman Web Lucah dalam Mozila,Google Chrome,Internet Explorer dll. Kalau yang selalu download video blue bawa masuk dalam phone,kasi picah itu terus card leader,atau buang ja USB dalam jamban,dan jangan lupa flush (kalau perlu dan terdesak),kalau laman web yang berkaitan unsur lucah,juga kasi blok.

3. Elakkan add PEREMPUAN di facebook yang berpakaian seksi, remove dan block terus.report ke JAIS

4. Jangan berada terlalu lama atas katil,sebab ianya akan membuatkan ada berimaginasi yang pelik-pelik & bukan-bukan. Kecuali mengantuk dan perlu tidur.

5. Bersihkan minda anda,buang semua dirty mind,contohnya:kalau nampak perempuan hisap lolilop ,mesti budak laki akan ingat pelik2. Fikiran kotor,bersihkan minda anda,cuci setiap hari. Ingat Tuhan banyak banyak.

6. Solat paling penting,dekatkan diri dengan Allah, baca Al-Quran lepas magrib,ingat mati,ingat sakit,masa dalam bilik pasang lagu Raihan, UNIC atau nasyid yg lain. Mari Selawat..... Volume music mesti deras sehingga nyamok yang dengar terus lari.

7. Sesiapa yang ada almari,boleh letak poster berkaitan keagamaan kita seperti ayat qursi & letak Al-Quran atas almari,kalau boleh biar selalu kita tengok & baca Al-Quran.

8. Ingat juga dosa,melancap adalah Dosa Besar,juga keburukkan,menyebabkan (Mati pucuk bagi lelaki).semua tak nak mati pucuk kan?

9. Jangan berani kacau kemaluan,jangan memandai nak pi pegang.usik kemaluan.kecuali nak kencing,gatal dan mandi.Masa mandi,ingat sabun jangan sabun di kemaluan ianya akan menyebabkan juga teransang.

10. Jangan terlalu pendiam,selalu bergaul dengan orang,sembang la sikit kan. Bbercakap dapat merangsang otak,dapat menjauhi penyakit alzheimer,nyanyuk.Dalam perkataan lain,merangsang mencetuskan sinaps antara sel neuron yang boleh membantu mencegah penyakit alzheimer. Kalau yang jenis melancap sorang-sorang,panggil kawan selalu mai rumah. kalau lelaki,jangan bawa kawan perempuan mai rumah no. Kalau boleh bawa kawan yang selalu bercakap.

11. Selalu keluar rumah,pi la jalan2,riadah,menghirup udara segar.jangan terperap dalam bilik atau rumah. jangan lupa ibu bapa di kampung. kalu free pegi melawat.

12. HANDPHONE : Ingat jangan letak gambar awek depan screen phone,nanti tengok muka awek tu,dah la cun,cute,lawa,cantik sehingga air liur meleleh. Nanti terangsang pula,letak gambar screen ..."JANGAN MELANCAP" edit sendiri la. Boleh letak la ayat sendiri contoh"INGAT MATI", "MALAIKAT SENTIASA MENCATAT AMALAN KITA"

13. Satu lagi game, jauhi main game lucah ye.

14. Jaga bahasa,hindari kawan2 yang selalu mencarut,selalu cerita blue dalam kelas, ofis atau di mana-mana,jangan nak sebut perkataan pelik-pelik. Tampar mulut kawan yang selalu cerita blue. biar lebam kaler biru, selalu cerita blue,sampai mulut biru.

15. Movie,DVD,VCD,buang je. majalah apa semua,gambar perempuan seksi-seksa pun buang ja,bakar sampai jadi abu atau tanam bawah tanah.

16. Asah bakat anda,isi masa dengan berfaedah~baca buku bagus yg mempunyai faedah.jangan baca novel berunsur seks.

17. Cepat kahwin kalau anda mampu.

18. Berpuasa tak semestinya pada bulan Ramadhan. Kalau rasa nak buat maksiat dinasihatkan berpuasa.

19. Kalau boleh jangan ber"couple". Kalau ade awek memang bahaya dan selalu terjadi aksi yg terlarang.

semoga berjaya.