Kembung perut sememangnya membuatkan kita duduk tidak selesa. Kadangkala seperti hendak termuntah. Cuba petua ini untuk mengatasi masalah kembung perut :

  • Ambil sebuku halia yang sederhana besar, dibersihkan dan ditumbuk tetapi jangan sampai lumat. 
  • Masukkan ke dalam gelas dan tuang air panas mendidih anggaran setengah gelas. 
  • Tutup permukaan gelas itu dengan piring selama 10 minit, tapis dan jadikan dua bahagian. 
  • Sebahagiannya anda minum dan sebahagian lagi disimpan di dalam peti sejuk. 
  • Sekiranya perut anda terasa kembung lagi, ulang meminumnya hingga perut berasa lega.