Fizikal
- Sudah siap sediakah keadaan fizikal anda untuk menghadapi malam pertama, khususnya kaum wanita. Pengantin perempuan biasanya lebih penat memandangkan selalunya mereka tidur lewat sehari sebelum majlis perkhawinan berlangsung dan harus bangun awal untuk persiapan hari perkhawinan.
- Maka ada baiknya jika suami melihat dan bertanyakan keadaan fizikal isterinya sebelum melakukan’aktiviti’. Malam pertama tidak semestinya harus dijalani pada malam sesudah majlis perkhawinan.
- Sekiranya pasangan kepenatan,apa salahnya menunggu keesokan harinya, Setelah keduanya sudah bersedia laluilah malam pertama.
Mental
- Sering kali kenikmatan malam pertama tidak dapat dirasakan dengan maksimum kerana ketidaksediaan mental dan psikologi dari pasangan pengantin baharu.
- Jika ada salah seorang daripada anda belum sedia secara mental dan psikologi, maka seeloknya berterus terang supaya keduanya bahagia dengan malam pertama yang bakal dilalui.
Ilmu
- Suami harus tahu bahawa isterinya memiliki respons yang berbeza.
- Lelaki jauh lebih mudah terangsang, sedangkan wanita memerlukan waktu yang lebih lama.
- Sekiranya suami mengetahui hal ini nescaya mereka tidak akan terburu-buru.
Bahagian Tubuh Sensitif
- Pengetahuan tentang hal ini akan memudahkan suami memahami sama ada isterinya sudah bersedia atau tidak.
- Namun bagi isteri untuk mengetahui apakah suaminya telah bersedia atau belum tentu jauh lebih mudah.
Pemakanan
- Saranan ini lebih ditujukan kepada pengantin lelaki. Sebelum menikmati malam pertama sebaiknya anda jangan makan terlalu banyak (terlalu kenyang).
- Jika anda makan terlalu banyak maka akan terjadi adalah sebahagian besar darah akan berkumpul dibahagian perut anda utk membantu proses percernaan makanan.akibatnya anda tidak akan mencapai ‘ketegangan’ yg dikehendaki dan seterusnya yg membuatkan anda dan pasangan tidak mencapai kepuasan dalam hubungan seksual.
Kenangan
- Peristiwa di malam pertama akan meninggalkan kesan yang mendalam.Ia akan menjadi kenangan indah buat pasangan suami isteri.
- Pastikan anda melakukannya dengan penuh kelembutan dan tatatertib supaya yang ditinggalkan adalah kenangan indah semuanya.
0 Comments