Penyakit Kuning kerap dihidapi oleh bayi yang baru lahir.
Anda kenalkah tumbuhan renik yang dinamakan Bunga Kembang Malam? Bunganya berwarna putih dan memang akan kembang mekar di waktu malam. Ketika ia kembang ia akan mengeluarkan bau yang harum.

Ambil bunga dan daun pokok bunga ini. Satukan dengan Buah Kuning. Buah Kuning mudah didapati di kedai-kedai penjua ramuan tradisional cina. Satukan kedua-duanya dan rebuslah dalam air hingga mendidih. Selepas itu, diamkan sehingga airnya hangat-hangat kuku. Kemudian mandikan bayi anda dengan air ini. Insya-Allah, selepas itu, apabila bayi itu kencing atau membuang air besar, anda akan dapati bahawa air kencing dan najisnya amat berwarna kuning.

Kuning air kencing dan najis bayi tadi akan beransur-ansur kurang dan jadi seperti biasa selepas beberapa kali memandikannya dengan air bunga kembang malam dan buah kuning.

Bagi anda yang menghadapi masalah sama, usahakanlah petua ini. Memang mujarab! Bagaimanapun, ketahuilah bahawa penyembuhan itu sesungguhnya adalah datang daripada Allah s.w.t. Oleh itu, janganlah kedekut untuk bersyukur selepas mendapat hasilnya.

Sumber : MyShakleeLove