Petua 1:
  • Dapatkan gambir kudat atau gambir sarawak dengan sedikit air dan kemudian sapukan di bahagian kepala zakar sahaja. 
  • Jangan sapukan terlalu banyak kerana ini mengakibatkan zakar terus tegang tanpa memancutkan mani dalam masa yang amat panjang. 
  • Sapukan kira-kira 20 minit sebelum jima’.

Petua 2:
  • Sediakan 10 butir biji kapas dan satu sudu minyak jarak. 
  • Tumbuk biji kapas hingga lumat dan gaulkan bersama minyak jarak hingga sebati. 
  • Sapukan minyak ini pada zakar dengan mengurutnya perlahan-lahan 5 hingga 8 minit sebelum jima’.

Petua 3: 
  • Ambil sedikit kacang kulai hitam (biasanya dijual di kedai jamu atau ubat Cina) dan tumbuk hingga lumat. 
  • Campurkan dengan sedikit air hingga sebati dan sapukan sedikit pada zakar dengan mengurut perlahan-lahan 5 hingga 8 minit sebelum jima’.

Petua 4: 
  • Ambil hampedu kambing atau ayam jantan yang baharu disembelih. 
  • Pecahkan dan lumurkan pada zakar hingga rata lebih kurang 2 hingga 5 minit sebelum jima’.

Petua 5:
  • Ambil kuning telur, bubuh sebuku bawang merah, sebuku bawang putih, campur sedikit air. 
  • Jerangkan sehingga mendidih. 
  • Makan di waktu Asar sebelum makan petang.

Petua 6:
  • Ambil hempedu ayam jantan. 
  • Gosokkan disekitar lubang zakar serta sekelilingnya kira-kira 5 minit sebelum jima’.

Petua 7:
  • Ambil bawang merah secawan, sebiji kuning telur, hancurkan bawang merah, kacau dan minum 3 pagi berturut-turut. 
  • Petua ini akan dapat menolong memekatkan air mani, dengan pekatnya air mani maka akan lebih lewat ia keluar.

Petua 8:
  • Ambil limau purut dan lada sulah, pipis halusdan makan semasa mahu berjima’.

Petua 9:
  • Makan hati kambing yang di ‘kasi’, ia dikatakan boleh menahan mani.

Petua 10:
  • Ambil segengam akar pinang muda (2 tahun ke bawah)
  • Rebuskan bersama segengam daun tapak gajah (bentuk seperti tapak gajah dan selalu dijumpai di pinggir hutan) sehingga air tinggal setengah daripada periuk. 
  • Tapis dengan kain dan embunkan semalaman. 
  • Sebelum diminum, digalakkan mengunyah asam keping untuk mengurangkan rasa payau. 
  • Amalkan sehari sebelum berjimak.

Petua 11:
  • Apabila sahaja rasa air mani itu hendak keluar, tariklah nafas anda sepanjang yang anda mampu dan apabila ada rasa hendak keluar, tarik lagi nafas. 
  • Lakukan hingga seterusnya. 
  • Cara ini anda akan dapat menikmati jima’ yang lebih lama