Kadang kala sukar hendak suruh anak-anak kecil makan makanan yang berkhasiat. Tetapi kalau nampak makanan segera, cepat sahaja mereka mahu.

Apa kata ibu buat sendiri menu 'ala-ala' makanan segera yang boleh dijadikan kudapan si kecil. Yang penting kebersihan dan khasiatnya lebih terjamin. Bayi yang sudah ada gigi juga boleh cuba ayam popcor rangup ini.

Bahan-bahannya

  • 400 gm daging ayam bahagian dada (tanpa tulang)
  • 1 biji putih telur
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1/4 cawan tepung gandum unbleach
  • Sedikit lada sulah (Boleh dicampurkan herbs jika mahu)


Cara-cara

  1. Potong dada ayam kecil-kecil, basuh dan toskan.
  2. Gaul ayam dengan lada sulah serta tepung gandum, ketepikan. Ayam mesti disalut dengan tepung gandum.
  3. Campurkan tepung gandum unbleach bersama tepung beras, kemudian celup ayam bersama putih telur, akhir sekali gaulkan ayam bersama adunan tepung beras tadi.
  4. Buat satu-satu supaya adunan betul-betul menyaluti permukaan ayam popcorn.
  5. Susun di atas pinggan dan masukkan dalam ruang sejuk beku, biarkan seketika lebih kurang 1 jam. Setelah beku baru masukkan dalam bekas plastik atau boleh digoreng terus. Ini bagi mengelakkan ayam melekat antara satu sama lain selepas dibungkus.

Selepas selesai menyalut ayam popcorn, pastikan ayam tidak ditindih satu sama lain supaya ia tidak melekat.Bila sudah beku baru boleh satukan dalam bekas atau plastik.

Sumber: IG @ciknuie