Hubungan seks antara suami isteri merupakan rahsia yang tidak perlu diketahui oleh orang lain. Ia terlalu peribadi untuk dikongsi kepada orang lain selain pasangan masing-masing. Namun ia mungkin diketahui oleh orang lain jika tidak ada kejujuran di dalam diri masing-masing.

Adakah itu akan terjadi akibat pengaruh kelalaian wanita didalam menaikkan ghairah seks pasangannya? Berikut ialah antara punca suami tidak memiliki ghairah seks.

SEOLAH-OLAH TIDAK SUKA SEKS
Wanita perlu satu kesedaran untuk berubah, jangan berbicara tentang seks dengan nada yang menghina sehingga menyebabkan suami rasa hilang minat.

* Tidak berani menunjukkan ekspresi diri atau berkelakuan seperti malu-malu kucing ketika melakukan hubungan seks.

TIDAK PERNAH KAWAL SEKS
Pastikan dan biar suami anda tahu anda menginginkan hubungan seks itu. Jangan sembunyikan perasaan didalam hati anda. Tidak salah jika anda yang mengambil inisiatif memulakannya dahulu.

TIDAK MENJAGA PENAMPILAN
Golongan wanita harus tahu bahawa lelaki lebih memandang kepada luaran jika dibandingkan dengan wanita. Lelaki sangat mudah terangsang, hanya melalui penampilan. Sebab itu lelaki mudah terperangkap secara fizikal.

TERLALU MENGHARAP
Sebenarnya lelaki tidak suka jika wanita terlalu bergantung harap kepadanya bagi memenuhi segala keperluan lebih-lebih lagi mengenai seks. Keadaan bertambah buruk jika wanita itu merengek-rengek
seperti seorang yang tidak matang.

Kesimpulannya, isteri harus yakin dan tahu menempatkan seks pada tahap yang sebenarnya didalam
hubungan anda sebagai suami isteri. Jangan harapkan suami tahu apa yang anda inginkan, tetapi wujudkanlah sikap saling terbuka terutama mengenai kepuasan seks yang anda perolehi bersama.