Oh, mengantuknya! Malam semalam ibu tidak dapat tidur lena. Asyik ke tandas, pedih ulu hati dan rasa tidak selesa apabila perut makin membesar terutamanya apabila menghampiri tarikh jangkaan bersalin. Apa yang perlu ibu lakukan?

Tentu ramai bakal ibu yang melalui pengalaman sama. Sukar tidur dan asyik terjaga di tengah malam ketika orang lain semua enak diulit mimpi. Ia bukan perkara luar biasa tetapi ibu tetap perlu melakukan sesuatu kerana kekurangan tidur boleh menyebabkan ibu hamil keletihan sepanjang hari.

1. Elak tidur siang

  • Elakkan tidur siang supaya anda senang untuk melelapkan mata pada waktu malam.

2. Tidur awal

  • Cuba masuk tidur lebih awal dari biasa dan elakkan tidur melebihi waktu kebiasaan.

3. Elak terhidrat

  • Pastikan anda terhidrat untuk mengelakkan kekejangan otot.

4. Kurangkan minum

  • Berhenti mengambil cecair beberapa jam sebelum tidur untuk mengurangkan kekerapan ketika waktu tidur.

5. Rajin bersenam

  • Senaman secara berkala sekurang-kurangnya tiga kali seminggu membantu anda nyenyak pada malam hari. 
  • Senaman ringan seperti pilates, berjalan kaki berenang selama 30 minit sehari akan meningkatkan aliran oksigen yang membuatkan anda tenang dan mudah tidur.

6. Say no to gadget!

  • Jauhkan gajet seperti tablet, TV atau telefon pintar daripada anda sekurang-kurangnya 30 minit sebelum waktu tidur kerana ia boleh melambatkan penghasilan melatonin yang membantu anda tidur.

7. Ubah posisi tidur

  • Tidur dalam posisi mengiring sama ada ke kiri atau ke kanan. 
  • Anda tidak digalakkan untuk tidur terlentang semasa hamil, tentunya tidak selesa dan menyebabkan sakit belakang. 
  • Ia juga tidak digalakkan kerana boleh menekan vena kava yang menyalurkan oksigen dan nutrien kepada bayi di dalam kandungan.

8. Bantal, bantal dan bantal

  • Bagi ibu hamil, anda perlukan banyak bantal untuk memberikan sokongan pada bahagian belakang dan perut. Bantal kehamilan berbentuk ‘C’ adalah opsyen terbaik.

9. Bilik yang sejuk

  • Suhu badan yang tinggi menyebabkan anda mudah berpeluh dan panas. 
  • Pastikan bilik tidur mempunyai sistem pengudaraan yang baik seperti membuka tingkap atau kipas angin.

10. Berhenti makan yang pedas

  • Elakkan mengambil makanan yang pedas semasa makan malam kerana ia boleh menyebabkan pedih ulu hati.

Semoga tip berikut dapat membantu bakal ibu untuk tidur lebih lena kerana tidur berkualiti penting untuk memastikan ibu terus sihat dan cergas.

Sumber Asal : Pa&Ma