Aidilfitri sinonim dengan undangan rumah terbuka yang pastinya menyediakan hidangan enak lagi menyelerakan.

Untuk itu, golongan ‘abang sado’ perlu bijak mengawal nafsu supaya berat badan mereka tidak naik mendadak ketika musim ini.

Antara perkara yang perlu dilakukan mereka supaya bentuk tubuh kekal sado adalah :

1. Elak makanan bergoreng dan bersantan

  • Cuba elak makanan sebegitu dan jika teringin sekalipun, makan dalam kuantiti yang sedikit untuk mengelak kempunan.
  • Namun, jangan risau sekiranya anda ‘terlajak’ makan kerana boleh membakar semula kalori dengan senaman selepas pulang dari rumah terbuka.


2. Amalkan konsep diet lima hari ‘on’, dua hari ‘off’

  • Selalunya, rumah terbuka diadakan pada hujung minggu dan anda pasti serba salah untuk menolak pelawaan teman rapat atau saudara-mara bukan?
  • Jadi, anda boleh jadikan hujung minggu sebagai waktu terbaik untuk ‘cheat day’, tetapi makan berpada-pada dan jangan berlebihan.


3. Ambil makanan tambahan

  • Tidak semua ‘tuan rumah’ menghidangkan kita dengan makanan yang mempunyai sumber protein jadi makanan tambahan adalah alternatif untuk menggantikan nutrisi itu.
  • Kini, pelbagai makanan tambahan dijual di pasaran namun seeloknya minta nasihat pakar untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.


4. Jangan lupa bersenam

  • Walaupun masih dalam ‘mood’ raya, aktiviti kecergasan jangan dilupakan, malah perlu diteruskan ketika masa terluang.
  • Lebih baik sekiranya anda melakukannya lima kali seminggu, tetapi tiga kali sudah memadai.


5. Jangan diet di bawah tekanan

  • Segelintir lelaki taasub dengan amalan diet untuk kelihatan ‘sado’ hingga kononnya menjauhi makanan berat termasuk ketika mengunjungi rumah terbuka.
  • Bagi mereka, kaedah ini berkesan, tetapi ia lebih menambah tekanan kerana diet seharusnya memberi kebaikan dan bukan memudaratkan