Jangkitan telinga adalah antara masalah kesihatan yang kerap dihidapi oleh kanak-kanak. Jangkitan telinga akan menyebabkan gangguan tidur dan pemakanan kanak-kanak. Kebanyakkan kanak-kanak akan mengalami jangkitan telinga sekali sebelum berusia 2 tahun.


Bagaimanakah Jangkitan Telinga Boleh Berlaku?

Kanak-kanak mudah diserang jangkitan telinga ialah sebab tiub eutachia mereka masih pendek dan mendatar. Semasa mereka membesar, panjang tiub ini akan bertambah tiga kali ganda dan menjadi lebih tegak secara normal secara tidak langsung mengurangkan jangkitan. Antara faktor-faktor jangkitan telinga yang lain ialah:

  • Jangkitan di saluran pernafasan yang berulang-ulang.
  • Menyusukan si manja dengan susu botol secara berbaring.
  • Alahan menyebabkan kanak-kanak lebih terdedah kepada jangkitan telinga.
  • Menghadiri sekolah mainan atau pusat asuhan kanak-kanak pada umur kurang dari satu tahun. 
  • Terdapat lebih banyak pendedahan kepada batuk dan selesema, yang boleh membawa kepada lebih banyak jangkitan telinga.


Komplikasi teruk akibat jangkitan telingan jarang berlaku. Ianya berlaku akibat tidak dirawat ataupun dirawat dengan cara yang salah. Antara komplikasi yang akan berlaku ialah:

  • Telinga bernanah yang kronik.
  • Kurang pendengaran.
  • Kesakitan yang akan menyebabkan anak anda demam dan hilang selera makan.


Rawatan Jangkitan Telinga

Kanak-kanak yang semakin membesar akan mempunyai tiub eustachian yang baik. Sistem Imunisasi badan mereka juga akan semakin kuat dan akan mengurangkan jangkitan telinga, batuk dan selsema. Jangan gunakan Cotton bud. Kerana cotton bud akan meninggalkan putik kapas di dalam telinga dan membawa bakteria baru serta boleh menyebabkan luka.

  • Antibiotik diberi jika jangkitan disebabkan oleh bakteria.
  • Ubat titis telinga jika nanah keluar dari telinga.
  • Gunakan teknik ‘ear weaking’ untuk mengeringkan nanah dalam telinga.
  • Ubat demam.


Jangkitan Telinga Masih Berlaku ?

Jangkitan masih boleh berlaku jika anak anda mempunyai alahan ataupun masalah jangkitan yang lain. Bawa anak anda berjumpa doktor dengan segera untuk rawatan yang lebih berkesan.