Difteria adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria Corynebacterium diphteriae yang tersebar melalui titisan cecair pernafasan.

Bakteria ini menjangkiti tekak (tonsil dan farinks) dan menghasilkan toksin yang menyebabkan keradangan di sekitar tekak dan bengkak leher yang boleh menyebabkan pesakit sukar bernafas.

Toksin ini juga boleh menyerap ke dalam darah, melumpuhkan saraf dan menyebabkan keradangan jantung (miokarditis) yang menyebabkan kematian.

Jangkitan difteria mempunyai kadar kematian yang tinggi, iaitu antara 25 ke 50 peratus. Pembawa kuman ini adalah manusia sendiri dan berjangkit serta disebarkan melalui kulit, saluran pernafasan dan sentuhan dengan pesakit difteria.

Difteria amat sensitif kepada faktor-faktor alam sekitar seperti kekeringan, kepanasan dan sinaran matahari. Kadar kematian akibat difteria paling tinggi di kalangan bayi serta orang tua dan kematian biasanya berlaku dalam masa tiga hingga empat hari. Kanak-kanak berusia kurang dari 5 tahun dan orang tua usia diatas 60 tahun sangat berisiko mendapat penyakit difteria.

Begitu juga mereka yang tinggal di lingkungan padat penduduk atau kawasan persekitaran yang kurang bersih dan mereka yang kekurangan gizi dan tidak diimunisasi vaksin lima serangkai DTaP-IPV//Hib bagi menghindari Difteria, Pertusis, Tetanus, Polio dan Haemophilus Influenzae Type B.

Rawatan bagi penyakit ini termasuk anti-toksin difteria yang melemahkan toksik dan antibiotik Erythromycin dan penisilin membantu menghapuskan bakteria dan menghentikan pengeluaran toksin.

Umumnya Difteria boleh dicegah melalui vaksinasi. Bayi, kanak-kanak, remaja, dan orang dewasa yang tidak mempunyai cukup pelalian memerlukan suntikan booster setiap 10 tahun.

Radang tekak atau pharyngitis, adalah suatu penyakit radang yang menyerang batang tekak.

Penyakit yang kerap disebut radang tenggorok itu ditandai dengan adanya penebalan/pembengkakan dinding tekak, berwarna kemerahan, ada bintik-bintik putih, disertai rasa sakit menelan.

Tanda-tanda dan Gejala Penyakit Difteria

  • Ada membran tebal warna abu yang melapisi tekak dan tonsil (ciri khas)
  • Sakit tekak dan suara serak
  • Sakit ketika menelan
  • Kelenjar di leher membengkak
  • Kesukaran bernafas dan nafas cepat
  • Keluar cairan dari hidung
  • Demam dan menggigil
  • Malaise
  • Kanak-kanak tidak mahu bercakap
  • Batuk-batuk
  • Sakit kepala serta keluar air mata


Awas Jika Anda Lambat Bertindak 

  • Pernafasan terhenti
  • Radang pada otot jantung
  • Kegagalan jantung
  • Lumpuh saraf


Langkah-langkah Pencegahan Difteria 

  • Ambil segera antibiotik/paracetamol untuk mengurangkan demam dan sakit
  • Makan makanan yang sejuk, lembut dan minuman sejuk
  • Banyakkan minum air, jangan minum produk tenusu
  • Elakkan makanan yang masam, keras, rangup, berempah, pedas dan panas
  • Rehat secukupnya
  • Elak dari menghirup udara yang kotor
  • Elak dari bakteria
  • Amalkan minum madu/air asam jawa
  • Jangan minum minuman berkafien
  • Jauhi minuman yang beralkohol


Jika Defteria Berlanjutan 

Jumpa doktor pakar untuk membuat pemeriksaan lanjut kerana doktor akan membuat penilaian secara individu bagi menentukan tindakan yang akan di ambil.

Buang segera kelenjar tonsil supaya tidak merebak kerana kalenjar tonsil yang besar menggangu pernafasan dan gaya tidur yang biasa untuk anak anda.

Semoga sedikit informasi ini bermanfaat kepada semua.