Tomyam sememangnya salah satu menu kegemaran ramai rakyat Malaysia. Rasanya masam-pedas membangkitkan selera.

Kadangkala bila mahu masak di rumah, pes segera tomyam yang digunakan tak dapat memberi rasa yang sama enak seperti makan di kedai seafood thailand.

Apa kata kita cuba buat sendiri pes tomyam di rumah.

Bahan untuk pes tomyam :

  • 15-20 biji cili kering, dibuang biji dan rebus
  • 1 biji bawang besar, hiris kasar
  • 5 ulas bawang putih, hiris kasar
  • 2 inci lengkuas. hiris kasar
  • 2 inci halia. hiris kasar
  • 5 helai daun limau purut, hiris kasar
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 2 sudu besar udang kering, rendam dengan sedikit air sehingga lembut
  • 1 cawan air asam jawa
  • 2 sudu besar gula perang (gula pasir biasa pun boleh)
  • 2 batang serai. hiris nipis
  • 2 sudu besar sos ikan Thai
  • 1 senduk minyak untuk menumis


Penyediaan pes tomyam :

  1. Kisar semua bahan pes tomyam (kecuali minyak masak) di dalam blender sehingga halus.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
  3. Masak di atas api yang sederhana dan selalu kacau supaya pes tomyam tidak hangus.
  4. Kacau sehingga pes tomyam bertukar kepada warna merah gelap dan pecah minyak.
  5. Anggaran masa memasak adalah sekitar 20-30 minit.
  6. Angkat dan sejukkan.
  7. Simpan di dalam balang kaca dan gunakan secukupnya apabila diperlukan.


Sumber Asal : PamaPedia