Ibu selepas bersalin memang sinonim dengan resipi ikan haruan yang dikatakan membantu mempercepatkan luka bersalin cepat sembuh.

Suami boleh masakkan untuk isteri yang sedang berpantang. Resipi ini mudah disediakan walaupun suami tak biasa memasak sebelum ini.

Bahan-bahannya

  • 1 ekor ikan haruan
  • 2 cawan air
  • 2 sudu minyak jagung
  • 1 sudu lada hitam  - ditumbuk
  • 3 ulas bawang merah - ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 2 sm halia - ditumbuk
  • 1 keping asam keping
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit daun bawang dan daun sup


Cara membuatnya

  1. Potong dan bersihkan ikan dengan air asam jawa bagi menghilangkan bau lumpur.  Tos dan ketepikan
  2. Panaskan minyak jagung dan tumis bahan-bahan tumbuk sehingga naik bau.
  3. Masukkan air dan biarkan mendidih.
  4. Kemudian, masukkan lada hitam, asam keping bersama ikan.  Biarkan sehingga isi ikan empuk.
  5. Taburkan daun bawang dan daun sup untuk dihidangkan.