Hasil kemajuan sains dan teknologi menerusi kajian-kajian saintis mendapati, susu awal daripada ibu yang bersalin mengandungi antibodi yang paling tinggi.
Ibu-ibu digalakkan menyusukan anak-anak sebaik-baik sahaja mereka lahir kerana susu awal bagi seorang ibu atau juga dikenali dengan nama kolostrum dikeluarkan dari saat bayi dilahirkan sehingga 24 jam selepas itu.
Walaupun bayi akan memperoleh antibodi yang kuat ketika itu, pengambilannya perlulah dilakukan secara berterusan. Ini kerana kolostrum ibu hanya keluar mulai bayi dilahirkan hinggalah tempoh genap 24 jam, selepas itu ia menjadi susu biasa sahaja.

Ramai ibu mengalami masalah merangsang susu mereka lebih-lebih lagi bagi mereka yang bekerja. Kekangan masa dan faktor pemakanan ibu sebelum, semasa dan selepas pantang menjadi faktor utama susu badan mereka berkurang dalam tempoh bayi dilahirkan hingga berusia dua tahun.

Terdapat beberapa faktor lain yang boleh menyebabkan susu ibu berkurang seperti :

  1. Stres di tempat kerja, 
  2. Stres emosi (terutama kerana berjauhan dengan anak ketika di tempat kerja), 
  3. Kekurangan tidur dan rehat, 
  4. Penggunaan hormon pil perancang serta rutin menyusu dan mengepam yang tidak konsisten. 

Bagi mengatasi faktor-faktor ini, ibu-ibu selalunya mengamalkan :

  • Pemakanan sup kacang merah, 
  • Minuman kurma merah dan longan, 
  • Betik hijau, lobak putih dan durian untuk menambah pengeluaran susu badan mereka.

Memahami masalah kekurangan susu badan yang dihadapi kaum ibu ini, Mom More Milk (MMM) menghasilkan kudapan lazat dan mudah untuk ibu-ibu yang sibuk bagi meningkatkan pengeluaran susu badan secara semula jadi dalam bentuk biskut.

Biskut ini mengandungi bahan-bahan laktogenik (penambah susu) yang selalu digunakan oleh ibu-ibu serata dunia terutamanya di negara Barat seperti oat, flaxseed organik, germa gandum, malt, alfalfa termasuk halba dan kurma.

MMM menawarkan dua variasi biskut laktasi iaitu soft baked dan satu variasi brownies laktasi.

Menurut Pengasas MMM, Zarina Zul Mukhshars, mereka menggunakan oat tradisional berkualiti yang diimport dari Jerman untuk menghasilkan biskut tersebut.
“Selain oat, biskut laktasi ini diperkaya dengan bijirin organik yang mempunyai kandungan Omega-3 yang tinggi dan penting untuk perkembangan otak yang boleh disalurkan daripada ibu kepada anak melalui susu badan. 
Biskut laktasi ini juga mempunyai germa gandum yang tinggi khasiat zink untuk membantu menyembuhkan puting susu yang merekah selain boleh membantu mengurangkan tekanan setelah melahirkan,” katanya.
Dalam pada itu, brownies MMM mengandungi alfalfa, halba organik, dan kurma yang menghasilkan hormon oksitosin iaitu horman yang dihasilkan dalam tiga situasi iaitu ketika hubungan seksual, melahirkan serta menyusukan anak.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mommoremilk.com.