credit pic  : koleksi1001
Hari-hari minggu nie ada banyak masa nak buat macam-macam makanan yang lazat.Antaranya kari kepala ikan. Jom tengok resepinya.


Bahan bahan

  • 1 kg kepala ikan (ikan merah, ikan tenggiri @ lain-lain mengikut citarasa)
  • 50 gm bawang merah
  • 30 gm halia (dikisar)
  • 30 gm bawang putih (dikisar)
  • 50 gm cili kering (dikisar)
  • 50 gm ketumbar
  • 40 gm serbuk jintan putih
  • 30 gm serbuk kaskas
  • 10 gm serbuk lada putih
  • 40 gm serbuk kunyit
  • 1 liter santan kelapa
  • 20 gm garam
  • 10 biji kacang bendi
  • 6 biji terung


Caranya

  • Tumiskan bawang, halia dan cili kering. 
  • Masukkan pula rempah yang telah dicampurkan dengan sedikit air asam jawa. 
  • Kacau sehingga terbit minyak. 
  • Selepas itu masukkan santan, kacau hingga sebati. 
  • Masukkan pula terung dan bendi, tunggu hingga separuh masak. 
  • Setelah hampir masak, masukkan pula garam dan serbuk perasa.