Setiap lelaki wajib menjaga kesejahteraan anggota kelamin dengan melakukan pemeriksaan kendiri sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan secara teliti.

Pemeriksaan ‘self testicular’ atau pemeriksaan kendiri buah zakar dan ‘self examination of the male genitalia’ atau pemeriksaan anggota kelamin lelaki boleh dilakukan dengan panduan daripada laman web yang memaparkan mengenai kesihatan lelaki.

Anda boleh mendapatkan rujukan mudah di Internet dengan carian ‘Self Testicular Examination’ atau ‘Self Examination of the Male Genitalia’. 

Ada antara laman ini memaparkan penerangan beserta gambar bagi membolehkan anda mudah memahami, seterusnya melakukan pemeriksaan kendiri secara tetap.

Pemeriksaan ini membolehkan anda mengesan perkara luar biasa, seterusnya merujuk kepada doktor bagi pemeriksaan dan keterangan jika ada kemusykilan.

Penjagaan anggota kelamin termasuk mengelak kerap melakukan onani. Bagi yang kerap melakukan amalan syok sendiri itu, kulit zakar akan kelihatan gelap dan berkedut selain ereksi tidak kuat. 

Ia sama seperti amalan mengurut zakar menggunakan minyak dan krim yang tidak mesra anggota kelamin. Ini kerana kebanyakan krim mengandu­ngi bahan yang boleh mendatangkan alahan seperti ekstrak belacak, lintah, dhab, belut atau ikan linang, gambir Sarawak, paprika dan minyak cengkih yang kononnya boleh membesarkan zakar.

Semuanya boleh merosakkan kulit dan mengakibatkan alahan ketara. Anda perlu gunakan krim perapi yang diuji kaji secara klinikal, selesa dan mesra anggota kelamin, seterusnya memantapkan fungsi zakar.

Membelai alat kelamin untuk kesejahteraannya sememangnya amalan lama yang pernah disyorkan Imam An-Nawawi yang menyatakan, anggota kelamin menjadi tidak berguna jika tidak digunakan, dan jika dijaga melalui belaian dengan niat penjagaan, ia dapat bantu memantapkan anggota itu tapi perlu dengan cara betul.

Selain pemeriksaan, penjagaan anggota kelamin membabitkan pakaian dalam yang selesa supaya ia tidak tertekan atau tertindih.

Jangan tindik atau menanam guli di bawah kulit zakar kerana ia merosakkan zakar, sama seperti suntikan di bawah kulit zakar kononnya bagi tujuan membesarkan zakar. 

Kesudahannya, ia merosakkan zakar akibat keradangan sistem lifatik (macam penyakit untut).

Pendek kata, penjagaan anggota kelamin lelaki yang baik tentu memberi kebaikan dan kesempurnaan kepada anggota itu dan termasuk dalam langkah pencegahan daripada jangkitan penyakit kelamin (akibat seks rambang).

Sumber : Pakar Sakit Tuan