Sakit pada ibu jari kaki akibat cengkaman kuku masih dapat diatasi. Jika anda menghadapi masalah untuk mengatasi 'kuku cengkam' yang menyakitkan ketika memotong kuku, janganlah dikorek tepinya lagi ketika potong kuku.
Apa yang boleh anda lakukan :

  • Cuba belah kuku ibu jari anda disebelah tengah anggaran sikit sahaja untuk mengelakkan kuku terus tumbuh ditepi tetapi tumbuh ditengah tempat anda membelahnya. 

Jika keadaan kuku anda menjadi buruk seperti sudah bengkak dan menanah, jangan dibelah kuku terlebih dahulu tetapi cuba merawatnya hingga sembuh. Caranya :

  • Bungkus ibu jari kaki itu dengan inai yang sudah ditumbuk lumat, 
  • Amalkan sehingga sembuh.